Cara update AntiVirus Avira Secara Manual
Jika anda mengalami masalah internet untuk meng’update’ anti virus avira anda. Ini ada jalan penyelesaiannye…….Anda boleh mengupdate secara offline @ manual.
Windows 7 Shortcut Keys
Kepada semua pengguna Windows 7, bolehlah muat turun soft copy cara-cara shortcut keyboard anda. Bagi pengguna yang expert memang pengunaan shortcut seperti amat memudahkan kerja anda disamping mempercepatkan tugasan…anda perlu mencubanya.
anda boleh muat turun soft copy disini
Buang Anti Virus Palsu secara pukal
Seringkali setelah anda melayari internet, anda dapati terdapat beberapa ikon pada ‘desktop‘ komputer anda yang dipasang dengan sendiri! Kebanyakan ikon ini mendakwa sebagai anti virus sedangkan sebenarnya ia adalah anti virus palsu.
Kini telah wujud perkakasan yang boleh digunakan untuk membuang anti virus palsu seperti di bawah :
- Cyber Security
- Alpha Antivirus
- Windows Enterprise Suite
- Security Center
- Control Center
- Braviax
- Windows Police Pro
- Antivirus Pro 2010
- PC Antispyware 2010
- FraudTool.MalwareProtector.d
- Winshield2009.com
- Green AV
- Windows Protection Suite
- Total Security 2009
- Windows System Suite
- Antivirus BEST
- System Security
- Personal Antivirus
- System Security 2009
- Malware Doctor
- Antivirus System Pro
- WinPC Defender
- Anti-Virus-1
- Spyware Guard 2008
- System Guard 2009
- Antivirus 2009
- Antivirus 2010
- Antivirus Pro 2009
- Antivirus 360 dan
- MS Antispyware 2009

Perkakasan ini telah dibina oleh Olzen Khaw seorang guru dari negara kita, Malaysia. ![]()
Anda boleh muatturun di sini.
Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim
Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan telah menjadi CEO semenjak 1 Januari 1982.
Dalam tempoh tersebut, hasil usaha gigih barisan Intrapreneur JCorp (atau Usahawan Amanah JCorp) telah memangkinkan Kumpulan JCorp berkembang sebagai salah sebuah badan korporat utama di Malaysia yang menerajui pasaran dalam beberapa bisnes strategik (sila lihat mengenai JCorp).
Muhammad Ali juga merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Pengerusi Biro Korporat DPIM dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad).
Waqaf An-Nur Corporation Berhad merupakan syarikat jaminan terhad yang bertanggungjawab bagi mengurus ekuiti JCorp dalam syarikat-syarikat tersenarainya yang telah diwaqafkan.
Pada 3 Ogos 2006, JCorp telah mewaqafkan saham bernilai RM200 juta (Nilai Aset Bersih) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Ianya merupakan langkah pertama yang diambil dalam transformasi JCorp kepada “Perbadanan Waqaf” pertama di dunia, InsyaAllah.
Pada 2007, JCorp telah sekali lagi mewaqafkan saham miliknya di dalam syarikat TPM Technopark Sdn Bhd yang memiliki premis membeli belah Larkin Sentral di Johor Bahru, bernilai RM50.3 juta (Nilai Aset Bersih). Larkin Sentral membentuk sejarah sebagai pusat membeli belah pertama yang diwaqafkan sekaligus meningkatkan nilai terkumpul Waqaf Korporat oleh JCorp menjadi RM250 juta.
Konsep Perbadanan Waqaf JCorp merupakan satu strategi dalam menjayakan misi korporatnya, “Jihad Bisnes”.
Guru SK Dibebani Tugas Kerani
Pelbagai pihak menyalahkan guru sekolah Kebangsaan (SK) kerana dikatakan gagal mendidik pelajar jika dibandingkan dengan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya cemerlang. Lantaran itu ada pihak yang mencadangkan agar guru SK dihantar mengikuti kelas pembelajaran Matematik dan Sains di SJKC terpilih.
Malah ada pertubuhan perguruan mempertikaikan komitmen guru SK dalam mendidik pelajar dan menuduh guru SK kurang memberikan latihan kepada pelajar. Semua pihak menghentam guru SK seolah-olah mereka inilah yang harus dipersalahkan dan mereka yang mengkritik pula telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Golongan ini langsung tidak melihat elemen-elemen lain yang menyebabkan prestasi SK merosot. Sedarkah mereka bahawa SJKC hanya mengambil pelajar Cina yang pintar sahaja untuk belajar di SJKC manakala lebihannya dihantar ke SK untuk didik oleh guru SK?
Adilkah bebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru SK? Golongan ini juga tidak sedar bahawa merekalah yang ‘merosakkan’ reputasi guru sebagai pendidik dengan membebankan guru SK dan SMK dengan tugas-tugas perkeranian yang semakin menimbun saban tahun.
Setiap pengetua dan guru besar pula menekan guru-guru untuk menyediakan pelbagai laporan yang boleh dibuktikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar membolehkan mereka layak mendapat jawatan Pengetua Cemerlang. Itu belum lagi tugas sebenar seorang guru iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang ‘terganggu’ oleh keperluan jabatan-jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan banyak lagi.
Semua keperluan ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan bergelar kerani, bukannya guru kerana tugas sebenar seorang guru ialah terlibat dengan P&P. Namun semuanya itu dilonggokkan ke atas bahu para guru dengan alasan profesionalisme. Semakin banyak kerja perkeranian dan perburuhan yang dilakukan maka semakin profesionallah guru tersebut.
Sebenarnya banyak lagi aspek dan elemen yang boleh ‘dikambinghitamkan’ sebagai jawapan atas kegagalan pelajar di SK. Antaranya ialah sikap tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin ibu bapa, kemiskinan, kurang pendedahan, persekitaran, kurang kemudahan dan sebagainya.
Namun semua itu akan dapat diatasi sekiranya profesionalisme perguruan dikembalikan ke jalan yang benar iaitu para guru 100 peratus melibatkan diri dengan P&P, bukannya sebagai kerani kaunter kutipan bayaran, kerani mengira kehadiran penonton di stadium, kerani statistik, kerani banci penduduk, kerani syarikat penyelenggaraan dan lain-lain yang langsung tidak berkaitan dengan P&P.
Jika golongan pensyarah di kolej-kolej dan universiti boleh menjalankan P&P mereka tanpa kerja-kerja yang tak berkaitan, mengapa guru-guru tidak?
Menteri Pelajaran sebelum ini pernah membuat penyelidikan betapa banyaknya beban kerja guru. Malah beliau telah mengungkapkan “saya kasihan akan guru-guru saya” apabila hasil kajian beliau mendapati para guru ‘diseksa’ dengan kerja-kerja perkeranian yang melambak-lambak. Namun setakat itu sahaja kerana dunia perguruan terus bercelaru dengan pelbagai beban kerja di luar P&P.
Kerja-kerja perkeranian mengganggu P&P guru. Guru adalah manusia biasa yang mempunyai kemampuan berfikir dan bekerja yang terhad. Pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia, masing-masing hanya mahukan satu laporan atau satu statistik sahaja daripada seorang guru tetapi guru tersebut perlu melakukan empat pekerjaan di luar bidang P&Pnya. Alangkah bagusnya setiap tahun hanya satu kerja sahaja daripada empat pihak tersebut. Ironinya keadaan itu adalah mustahil!
Janganlah salahkan guru semata-mata. Sistem pendidikan dan penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia wajar berlaku adil kepada seluruh guru. Berilah keadilan kepada guru-guru SK dan SMK, iaitu 100 peratus P&P dan tiada lagi ‘guru kerani’. Insya-Allah pendidikan SK dan SMK akan terus gemilang.
NORHISYAM MOHAMAD
Kota Sarang Semut, Kedah
Utusan Malaysia Online: 26 November 2009
Pemegang & Bukan Pemegang Sijil Halal di Malaysia
Sumber : http://nismoclub.6.forumer.com/viewtopic.php?p=735792&sid=d3d50366c333e6a60abc7cc3e9acea92
1.Victoria station Restaurants (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
2. Charm cafe (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
3. Ipoh KopiTiam (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
4. Baskin Robbins (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
5. Kenny Rogers Roasters (telah disahkan Halal oleh JAKIM/HDC)
6. Penang Village (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
7. A&W (telah disahkan Halal oleh JAKIM/HDC)
8. Ikea (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
9. Restoran Cozy Corner (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
10. The Manhattan Fish Market (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
11. Paddington house of pancake (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
12. Hardrock cafe(bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
13. Sushi King (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
14. San Francisco Steak House (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
15. Marche (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
16. Big Apple Donut (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
17. Groupbase (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
18. Good Evening Bangkok (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
19. Dave’s Deli (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
20. Eden (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
21. Johny’s Restaurant (bukan pemegang sijil halal HDC)
22. Eckywoobee – TTDI- Muslim owner tapi menjual alkohol? (bukan pemegang sijil halal HDC)
23. Bubba Gump Shrimp (bukan pemegang sijil halal HDC)
24. Jake’s Charbroil Steak (bukan pemegang sijil halal HDC)
25. Carl’s Jr (bukan pemegang sijil halal HDC)
26. Ikea restaurant (bukan pemegang sijil halal HDC)
27. Chilies (bukan pemegang sijil halal HDC)
Ubuntu Linux 9.10
Canonical secara rasminya telah pun melepaskan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang mana dikenali sebagai Karmic Koala tepat pada tarikhnya, iaitu 29 Oktober 2009. Ubuntu 9.10 membawakan pelbagai perkara baru, dari pada skrin boot sehinggalah tema desktop yang kini lebih menarik berbanding sebelumnya.
Secara asasnya, kini Ubuntu Linux menggunakan sistem fail EXT4, kernel Linux 2.6.31, persekitaran desktop GNOME 2.2.8, serta membawakan pengurus boot GRUB 2. Secara ringkasnya, berikut merupakan beberapa perkara baru dan fungsi yang dipertingkatkan pada Ubuntu 9.10 Karmic Koala;
- Masa boot yang dipercepatkan Sama seperti versi-versi sebelumnya, masa boot diberikan perhatian serius, dimana kini Ubuntu boot lebih pantas berbanding sebelumnya.
- Splash Screen Serba Baru – Ubuntu 9.10 mengguna-pakai XSplash, yang mana membawakan skrin splash yang menarik dan dianimasikan pada ketika anda log masuk ke sistem operasi anda.
- Skrin Log Masuk Yang Di Perbaharui – Kini, GNOME Display Manager (GDM) diperkenalkan dengan rekabentuk baru (dengan integrasi XSplash), serta dipertingkatkan dengan pelbagai fungsi baru.
- Wallpaper Serba Baru – Lebih 20 wallpaper baru diperkenalkan yang membawakan imej dan gambar dari serata dunia.
- Wallpaper SlideShoe – Sama seperti pada Windows 7, Ubuntu Linux juga memperkenalkan kebolehan untuk memutarkan wallpaper dari masa ke semasa, iaitu setiap 30 minit
- Tema GNOME Yang Di Perbaharui – Ubuntu 9.10 membawakan tema Human yang diperbaiki dan diperbaharui, serta lebih 5 tema GNOME yang serba baru, serta koleksi ikon yang baru.
- Ubuntu One – Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Ubuntu 9.10 membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi fail mereka secara dalam talian dengan mudah. Ia juga turut diintegrasikan bersama aplikasi Tomboy serta Evolution.
- Ubuntu Software Center – Ubuntu Software Center kini mengantikan fungsi Add/Remove yang mana membuatkan pengurusan aplikasi kini lebih mudah lagi. Kini ianya turut menawarkan penerangan yang lebih lengkap serta memperlihatkan paparan antaramuka bagi sesuatu aplikasi.
- Empathy Instant Manager kini mengantikan aplikasi chat Pidgin.
Selain daripada itu, Ubuntu 9.10 turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik serta fungsi-fungsi baru yang menjadikannya sebuah sistem operasi yang amat menarik sekali.
Untuk server, Ubuntu 9.10 dibangunkan dengan idea sokongan Ubuntu Enterprise Cloud (UEC) atau Amazon EC2, sekaligus membawakan fungsi cloud yang kian diperkatakan pada masa kini. Seperti biasa, anda boleh memuat-turun Ubuntu untuk desktop/laptop, netbook ataupun server serta didatangkan dalam bentuk KDE melalui Kubuntu 9.10.
Sumber dari : http://linuxmalaya.com/
PREMIER SKILLS – MALAYSIA
British Council menawarkan peluang keemasan kepada jurulatih peringkat tempatan atau komuniti di seluruh negara bekerja bersama jurulatih Liga Perdana Inggeris dalam projek bertaraf antarabangsa yang unik dan inovatif. Projek ini antara lain mendedahkan peserta bagaimana sukan bola sepak boleh menjadi medium untuk menyokong proses pembangunan sosial, pendidikan kesihatan dan kesamaan di Malaysia.
Dikenali sebagai Program Kemahiran Perdana, projek ini akan menyaksikan jurulatih Liga Perdana Inggeris dan kumpulan pakar dari pelbagai bidang bekerja bersama jurulatih peringkat tempatan atau komuniti yang terpilih, termasuk guru dari setiap negeri. Program istimewa ini bertujuan merangka program khusus bola sepak mapan untuk diperkenalkan di peringkat komuniti atau masyarakat tempatan.
Program Kemahiran Perdana di Kuala Lumpur akan diadakan selama enam hari mulai 19 Oktober hingga 24 Oktober 2009. Kursus latihan ini merangkumi sesi praktikal pada sebelah pagi dan bengkel pada waktu tengah hari yang antara lain menumpukan pelbagai topik daripada isu nutrisi hinggalah pembangunan komuniti.
Kelayakan
Jurulatih peringkat tempatan atau komuniti dari setiap negeri di Malaysia dipelawa mengemukakan permohonan. Bagaimanapun, calon berjaya dari luar Kuala Lumpur perlu mengurus sendiri pengangkutan ke pusat latihan di Kompleks Sukan Negara di Sri Petaling, Kuala Lumpur sepanjang tempoh kursus latihan.
Calon mestilah:
- Berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun
- Bertugas di komuniti serta membuktikan mereka boleh menyalurkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang kursus latihan kepada pihak lain di sekolah dan/atau komuniti.
- Sihat dan cergas dari aspek perubatan dan fizikal untuk mengikuti kursus latihan. Calon diminta menandatangi deklarasi bagi mengesahkan mereka cergas atau fit bagi mengikuti program ini.
- Sedia menghadiri sepenuhnya kursus latihan yang akan dikendalikan dari 18 Oktober hingga 25 Oktober depan, jika terpilih.
- Calon yang mempunyai pengalaman sebagai jurulatih pasukan bola sepak atau menjadi pemain bola sepak digalakkan memohon.
Sebaik tamat program, peserta yang akan bergelar Jurulatih Komuniti Kemahiran Perdana akan pulang ke komuniti masing-masing dengan ilmu dan kemahiran baru bagi menyokong program pembangunan komuniti melalui bola sepak. Untuk makluman, tamat kursus latihan, semua peserta akan memperoleh Kelayakan Jurulatih EPL Tahap 1.
Empat peserta yang menunjukkan komitmen cemerlang sepanjang kursus latihan akan terpilih menyertai kursus latihan kedua di Vietnam. Kursus latihan kedua ini dikendalikan bagi mempersiapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran mencukupi bagi melatih dan menyokong kumpulan baru Jurulatih Komuniti Kemahiran Perdana di Malaysia bagi sesi Mei 2010.
Program Kemahiran Perdana atau Premier Skills ini disokong agensi tempatan seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Pelajaran manakala ESPN Star Sport adalah rakan media rasmi program ini.


Ubuntu…?????

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?
Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.
Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.
Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.
Leave a Comment






